Monday, August 17, 2009

KONVO@UKM (part 1)

Semalam, aku konvo master di ukm. beberapa pics related:

(finally, being a master of science's holder in mechanical engineering, after 3 years of struggling)

(with colleagues, actually diorg ni junior lg, aku yg paling lama)

(dalam dewan bersejarah, note:dpt dok tepi sekali..siap bole salam2 ngan lecturers yg berarak)


(ambik gambo sendri, since dok sebelah stranger, member tadi dah terputus barisan)


(bunga dari hubby, entah da brape jambak terima dari die..suke bg bunge, anyway like it, thanks so much sayang!)

All in all, semuanya berjalan lancar..sebenonya perasaan xdelah excited sgt masa konvo ni, since ni da 2nd convo yg aku attend dan duration yg lama utk menyiapkan master ni.
Sebenarnya aku suka nak share pengalaman sepanjang hampir 3 tahun aku buat master by research ni, utk dibayangkan betapa mencabar dan berliku nye perjalanan aku semasa itu. Siap dah membayangkan kalu x lulus nak keje apa lepas nih, nak byr gantirugi cemana dsb. Bagi yg da tau (esp. z), kira refresh balik la pengalaman kite:
1) masa register master july. 2005. masa ni lg 2 bulan nak kawen. so, ding dong ding dong kawen apa smue, berlalu je 1 sem yg x beri apa makna pun pd research aku, yg mana stat sem kedua, tekad tuko tajuk baru, SV baru since tajuk asal x bleh nak cope langsung. smpi satu tahap, nak tuko terus mode research ke by course (punye la x tahan pressure research). tp disbbkan polisi uni x kasi masa tu, so tawakal je teruskan research ngan tajuk baru.
2) bermula sem kedua. sem ni lg mencabar, sbb dlm sibuk2 aku mula explore tajuk baru, mcm2 sakit aku ngan kahar dpt. lepas denggi, cikenpox, sakit misteri smpi da mcm2 tukang ubat aku jumpa. dlm sibuk2 aku uruskan semua perkara tu, dptla aku kenal ngan murtadhadi yg mengubati suamiku sehingga die jugalah yg menunjuk ajar research tajuk baru aku ni..syukur kepadaNya kerana jalan ku telah mula dipermudahkan.
3) masuk sem ke3, aku disahkan hamil. rasa bersykur sgt2, kerana inilah ygg dinanti2kan sepanjang kawin. rupanya ada hikmah Tuhan lmbtkan anak ni, dgn mcm2 dugaan penyakit yg aku terima sblm itu. masa ni, sorang lagi colleague masuk, phd candidate dari UTM, Rijal namanya. Dia byk membantu keja2 reserach memandangkan area kitorg hampir sama..rezeki anak agaknya..dpt seorg lg penyuluh jalan.
4) sem 4, berhempas pulas membuat research, dok lab, wat experimen, pungut data, smpi di hujung2 preknen, husband ngan akak dtg tlg buat keje2 lab masa weekend..kesian tgk mak buyung ni bekerja di samping machine injection molding yg sgt besar itu..rasa terharu sgt tgk kesungguhan mereka..smpi berlaku mcm2 peristiwa di lab masa tu (maklumla, keja smpi senja dan kwsn lab dikelilingi bukit bukau hutan). minta extend sem sbb kena cuti 2 bulan bersalin lepas tu.
5) masuk sem 5, dgn tekad membawa anak bersama...sanggup menyewa umah kelamin di asrama sbb x sanggup tggalkan anak (anak pun bf exclusively masa tu). alhamdulillah, menjaga nya adalah mudah masa tu, mungkin dia tau uminye blajo lg masa tu, kesian tgk umi die). dan dihujung sem, writing da siap 60% je..but still kena balik servis dulu sbb uni da panggil.
to be continued...



Monday, August 3, 2009

Quick update

hai all.

lama x update blog.sungguh byk perkara berlaku lately. akan dikupas satu persatu secara ringkas:

1) kursus btn tu ari..ok la..x lah se ngeri yg org war2 kan..at the end, terasa diri sgt patriotik yg mana rasa teruja nak pertahankan maruah negara dan dptla tau sikit sebanyak kepentingan dan perkembgn politik dlm negara..dpt jumpa mcm2 jenis org, tmbh lg kenalan yg berguna tuk masa depan..bagus kursus btn nih, bagus soh bebudak muda skang join kursus2 cenggitu..

2) back to routine task kat uni..so far masih bole handle isu2 yg wujud dlm fakulti..terasa semakin suit mengajar and deals with mcm2 jenis student..dan bile dibgtau ole sorang senior, maka baru aku sedar kepentingan mengajar subject berlainan setiap semester, di mana bole mantopkan dulu knowledge ngan fundamental mechanics subject sblm further wat phd..so, instead nak stay ngan same subject as before (nak keja senang) utk sem2 depan, aku akan varieskan subject tersebut hingga at least aku dpt master 4 subject berikut: statik, mekanik pepejal I, dinamik dan mekanik mesin. dan last skali, kalu berani, barulah amik subjek Kejuruteraan Kawalan, which menggabungkan kesemua 4 subjek sebelumnya. Then, barulah aku akan pikirkan pasal wat proposal phd plak..yg mana plan aku paling awal pun stat taun depan baru nak wat prepare smbg phd..

3) perkembangan lain, aku telah memvolunteerkan diri utk jd mc utk satu majlis besar dlm fakulti aku, iaitu majlis anugerah dekan..bukan apa, saja nak dok senang kat depan pentas, malas nak huru hara menguruskan segala mcm hal dekat di sebalik tabir.. (anyway, some says aku memang calon paling layak, sbb muka xde perasaan..haha..x kesah punnn..) so far, majlis berjln ngan baik..cume tersilap sekali masa umumkan nama sorang budak laki..tp yg berdiri nak amik sijil budak pompuan cina..so, cepat2 betulkan nama. anyway, congratulations to those yg terima anugerah pensyarah p&p cemerlang (nina, ema, aben, yati, kak yan, kak yam)..korang memang rocks!(nama aku xnaik pun, nmpk beno x cemerlang, ish ish)


4) last update, aku attend kursus instructional design and storyboarding kat a famosa resort, melaka. hapa ke bendaalahnya tu? nama bukan main gempak, kan. course ni mengajo kitorg utk buat storyboard utk subjek yg kitorg ajar. tujuannya, nak stat implement e module utk letak dalm blackboard uni. so, stelah bertungkus lumus menyiapkan keja dsb, pd mlm terakhir sebelum balik, dpt pelepasan x yah attend kelas, dan kesempatan ni bwk family g cowboy town kt dlm famosa resort tu..so, some pics regarding that event..

(punye le beso gajah ni pun, leh diri dua kaki lg, kagummm)




(pak arab celup yg membawa gajah kurus di kota famosa)


sory, gambo x jelas..tu la jdnya bila pakai kamera henpon (ke, aku yg x reti nak utilize?) itu adalah gambo masa perakaran binatang2 dr animal safari,, tu cuma sebahagian, yg lain2 ada pertunjukan red indian, bunga api, kereta berhias, clown dan mcm2 lg..tp yg x bestnya, anak aku rafique takut gila masa ni, siap berpeluk berdukung pandang belakang masa mamat red indian tu celup api masuk mulut diorg..kitorg rasa mcm..apala penakut beno anak ni..dan aku rasa, ditmbh dgn faktor bunyi lagu yg sgt kuat masa tu, so, die jd la takut..



so far, we enjoyed our weekend..yg paling penting dpt bwk anak jln2 happily, cume waterworld x sempat masuk, sbb ujan dan takut virus h1n1. tp xpe, rafique pun x tau ada mandi2, kalu tau, maunya kitorg2 skali kena terjum masuk ngan die..lenkali kita dtg lg mandi air waterworl plak ek sayaang..



ok, rasanya cukup kot update buat masa ni..tp sebenarnya kalu ikut perancangan asal, sepatutya dlm mggu ni (3-6 Ogos) kitorg berada kat jakarta, ada conference kat sana..tp last minute terpaksa cancel sbb takut kejadian bombing dan h1n1 skang ni kat sana, kan..so, better we cancel the trip drpd takut hadapi risiko mcm2 semasa kat sana.(hehe, suke jugak, sbb saveee duit shopping..)


till then, got to go..maybe next update will be on..my convocation event!

daaaa....

Wednesday, June 17, 2009

head cracking

oh..7 p&p assignments to go..1 paper conference to be completed..all in all kene siap before 30th June..

masa yg sama..kenduri kawin kat umah 27 Jun..so, kena la spend 2-3 ari kat umah tolong ibu..lepas tu 9-13 July plak kena fly ke shah alam, BTN course plak..so aku ada lebih kurang 4-5 ari nak siapkan semua perkara itu.

oh..apakah??hidupku skarang dah x se leisure dulu..masa sudah semakin mencemburui aku..

tapi..kenapa aku still buang masa ni? 'gi buat keje la oiii!!'

ok2..aku stat skang!

Friday, June 5, 2009

LEGA..Induksi dah abeh..

Salam,

mggu ni baru dpt update blog..tu pun seb baik ada masa terluang..di celah2 kursus pnp plak..adui..kursus lagi..

tp utk entry kali ni..x nak cite pasal pnp lg..nak cite pasal induction course dulu..which was held from 17th to 28th May, 2009 at Tg Keling, Melaka. sounds boring rite? xpelah, pick point penting aje..

1) masa ari bertolak, saja biarkan rafiq ngan atok die ronda2 naik moto..so, bila die x nmpk umi die pegi, xdelah rasa bersalah sgt meninggalkan die..but still, bila kol tanya dia cemana ptg tu, confirm die tgh menangis ke hulu ke hilir mencari umi..sedihnya Tuhan je la tahu masa tu

2) bermula la sesi taaruf diikuti ceramah yg bagaikan x berkesudahan..setiap ari jadual ceramah bermula 830 pagi abis 1030 mlm, kena obey; since urusetia kata kene observe dek fasi dan dinilai bagai, so kena la jaga attitude sedaya mungkin..

3) hari ke 4 berinduksi, kene buat public speaking..oleh kerana dah diberi topic dan dah get ready ngan points semua, so xdelah rasa nervous sgt..so far..very good experience, even can take the chance to learn more about effective public speaking..in the meantime, da x brape sedey mengenang umah sbb dah ditimbuni mcm2 kerja

4) bila weekend dtg, ada lah beberapa family peserta yg dtg bwk anak2..time ni emosi x yah cite la..lagi2 tgk diorg seronok je mengelon anak masing2..tapi bila difikir rasional, kesian pulak bila ank aku dtg kang, menangis2 bila nak balik..so, redha je lah bila family x dtg..lgpun masa adalah sgt tight..x sempat pun nak layan diorg..

5) bila tiba ari isnin mlm, ada mlm persembahan kebudayaan..aku ditugas kan jd mc..berpasang ngan pengajar fkaas, so, mlm tu lah setiap kump buat persembahan, tema lakonan dan nyanyian berkenaan ' malaysian habit'. group aku buat pasal alam sekitar, dan aku dgn sendirinya telah menjadi sebuah kilang 'nevergreen' yg sentiasa mencemarkan udara dgn asap2 hitam..hehe..

6) menjelang Rabu je..kitorg da bertambah stress, dgn nak siapkan assignment group, then kena present..kemudian kamis pagi ada TEST..oh, silalah bayangkan tahap kestressan yg melanda setiap dari kami pada masa berkenaan..cuma nasib ada baik sket..sbb fasi yg menilai group presentation kami telah bertukar..iaitu kepada yg lebih lenient..so, relax la sket..

7) mlm sebelum test, kami serumah (k. faida, yati dan aben) bertungkus lumus berdiskusi dan berkongsi maklumat2 yg ada..syukur ada byk pertolongan dan sumber, semua ini kami anggap rezeki dan kami amat mensyukurinya..abih stadi, aku tetap tdo while yg lain masih struggle stadi especially yati..(credit to her)

8)bgn sebelum subuh, revise balik nota2 mlm tadi..dan bila tiba masanya, melangkah masuk ke dewan peksa dgn penuh semangat..bukan semangat apa..semangat nak balik..so, pulun abih jwb peksa..masa ada 1jam setengah lagi aku da siap jwb..dan zasss da keluar dari dewan peksa..balik bilik dan packing brg2..x sabar rasanya nak balik..yahooo!MERDEKA!!

all in all..menghadiri kurusus induksi adalah sgt meletih dan menyeksakan (except for foods, they're marvellous!)..harap2 each one of us will succeed dan x perlu pegi such courses lg..tp disebalik segala keperitan itu, masih terselit kebaikan. antaranya:

1) dapat kenal collegues from different PTJs. and of course, kabel itu penting utk menjamin 'masa depan yg cerah'

2) dpt tau byk info, dari sekecik2 benda ke sebesar2 benda yg kita x tau dan x realize pun selama nih..(credit to the fasis)

3)memupuk semangat setiakawan..dan dpt tgk talent masing2..(x sangka ramai juga antara kita yg ada bakat2 terpendam, cthnya yati..beliau sgt bagus in term of leadership)

4) dan mcm2 lg lah, yg belum terlintas kat kepala masa ni

So, kepada rakan2 yg akan ikut induksi ni bulan 6 nnti, nasihat saya, redah jer..kuatkan mental dan fizikal..kitorg bole buat, so korang pun boleh kan..

Bak kata Wonder Bees (kump aku eh):
apa yg penting??BERSATU TEGUH, BERCERAI ROBOH..

Haha..skemanya..

Tuesday, May 12, 2009

Jiwa lara

hahah..jiwang nye nama entry..tp yup..itulah sebenarnya yg berlaku dlm jiwa aku skang..

sebabnya?

sebab aku kene meninggalkan anak aku yg terchenta utk berjuang di medan induksi..

huhu..sungguh tragik kan?

peh, lama beb! 12 ari tu! seingat aku paling lama pun aku tggalkan die 2 arije..tu pun ari ke 3 dah menangis2 tepon babah die soh bwk rafiq dtg..seb baik la masa tu kursus TOT je..bleh lari2..

tapi kali ni..kursus induksi ni memang diorg kata nak dera mental fizikal kite..dikurungnya dok tmpt jejauh x kasi family dtg..kalu weekend nak kuar pun kena bgtau..tu pun x leh lelama..oh..adakah aku sanggup menempuh itu semua??

BTW, aku sedar..aku kene gak lalui ni semua..'kenelah tabah sket woi..bukan ko sorang je tggalkan anak laki..'

anyway, adakah org lain pun memiliki anak mcm aku..yg masih bf walau umur da masuk 2 taun 2 bulan? aku memang kene bersedia dgn pam susu yg sesuai utk tujuan itu..

oh Tuhan, berikanlah aku ketabahan menempuh ni semua..

Friday, April 3, 2009

My son has turned to 2!

OOps..sebelum pape..jgn salah sangka bila baca heading di atas..Rafique blom nak tmbh adik lg satu, tp arini adalah birthday Rafique ke 2..so ni wish ummi utk Rafique..


Dear Rafique sayang,


Ummi know you might not understand this but one day, I want you to know that this is what ummi prays for you everyday:


1) Semoga anak ummi ni jadi anak yang soleh dan beriman


2) Semoga diberikan kesempurnaan akal fikiran dan kesihatan tubuh badan yang berpanjangan


3) Semoga hidup kita dilimpahi barakah dan kasih sayang yang tidak pernah putus


4) Semoga Rafique berjaya dan membanggakan ummi dan baba dan kesemua yang menyayangi mu


You have brought so much joy in my life, and I hope that you'll continue be so meaningful to others. No word can describe how much I love you, and forever you are my sunshine..


Ummi.


Happy Birthday sayang!

Tuesday, March 31, 2009

Quick update

uh, lama gile x update blog..so some points of several updates:

1. netball da sure kalah, sbb main pun mcm xde perasaan..so, kena berpuas hati di tmpt ke 4

2. lepas keloid, aku didatangi sejenis lg penyakit tiba2..tangan kiri terkehel lepas bangun tdo. sudahnya, kena pakai bandage supaya tgn x byk pergerakan. sakitnya smpi rasa nak pitam. bila x-ray, doc kata x patah..so, mystery hingga kini..

3. masa tgn aku berbandage ni lah, bestest fren aku, N smpi ngan anak dan hubby dia dari Sabah. so, kena entertain dlm kesakitan..(huhu, bilak la aku nak smpi ke Sabah ba..)anyway, anak dia, rafiq irfan, cute sgt!chinese look..

4. the rest..bz ngan keja2 hakiki..buat soalan dan skema final, test 2, tanda paper projek diploma dan psm, buat jadual seminar, blablabla...

5. perkara2 di atas yg membuatkan blog ini tergendala buat sementara waktu..hehe...

Wednesday, March 11, 2009

Netball semi final..

Smalam kul 6 pm ada match netball peringkat semifinal..kitorang lawan ngan johan kumpulan sebelah (Keselamatan, pusat sukan) smpi berakhir keputusan seri (7-7) bila tamat 10 minit masa perlawanan. Sungguh sengit sekali perlawanan tersebut, di mana kedua2 lawan adalah sama kuat.

Tmbhn masa 3 minit menyaksikan kehebatan opponent yg telah membelasah kami sehingga 4-1. so, mereka layak melangkah dengan bergaya ke peringkat akhir menentang geng Canselori pada rabu ini. sementara kami hanya layak menentang geng *unknown* untuk menentukan 3rd and 4th place, juga pada Rabu ini.

As an individual, aku da cuba mengshoot sebanyak mungkin bola, walaupun ada masanya shooting itu x menjadi. Dan aku sangat rasa bersalah kepada geng seteam sekiranya bola yg melantun x masuk itu adalah angkara tangan ku. Sesungguhnya tangan yg menghayun buaian x semestinya dapat menjaringkan banyak bola..Relevan kah?

Seperti yg aku katakan sebelum ini, apa yg paling penting adalah semangat kesukanan di mana kesemua players da bermain dgn sepenuh jiwa raga. (lgpun kitorg bukanlah pemain pro). So, apapun keputusan yg berlaku pd Rabu ni, kitorg redho and STILL, akan berusaha lebih keras utk memastikan kemenangan berpihak pd kitorg. Hidup FKMP! [read: fak. kej. mekanikal dan pmbuatan].

Ok stop, nk smbung wat keja. Daa...

Tuesday, March 10, 2009

Selesai sudah..

Fuh lega rasanya bila keloid ni telah dinyah dari telinga ni..xdelah sakit sgt prosedur ni (since da taruk local bius kat telinga), cuma route nak ke prosedur ni je yg sakittt banget..

'Kesakitan' bermula bilamana kena tunggu Dr smpi nak buat prosedur. janji kul 5pm, so by that time aku da siap2 pakai baju spital (mcm org kena operate) dan menunggu kat dalam procedure room dlm E&A (emergency dan accident) tu. tunggu punye tunggu, dari berdebar2 dah naik marah aku menunggu Dr yg x smpi2..org lalu lalang sume pelik tgk patient berpakaian operation (aku le tu) dok menanguk kat tmpt duduk luar tu..ah pedulik la ngan org..aku kalu x kerana nak claim insurance smpi kena dok ward, xdenya aku nak menunggu Dr tu smpi berjam2 just nak buat prosedur kecik ni..

And guess kul brape Dr k*l**g tu smpi?6.45! memang janji k*l**g!!membuak2 aku marah smpi nak g bilik air pun Dr tu tak kasi. soh aku baring sbb x lama pun katanya. so lepas dia da cucuk ubat bius tu, dia bole kata kat misi:

"ok, saya nak ke toilet kejap..patient x bole, tp Dr bole..hehe.."

ceh, bole tahan jugak Dr ni berlawak..dah la aku menahan kemarahan dan kesejukan ni..xpe, sabo..pastu dia masuk je terus die amik pisau blade dan proses pun bermula..dari pemotongan smpi penjahitan and lastly pembersihan, aku sedar slama 15 minit die buat, cume x rasa sakit sgt pun..dlm hati bole kata:

"ah, kalu mcm ni buat kat bp pun xpe.."

tp aku realize, benda da jadi, x ble nak gostan balik..so, mlm tu menginap kat seri malaysia (xdenya laki aku nak tdo spital) dan esoknya masa nak check out another disaster comes!

masalah ngan pihak insurans plak..dari pukul 930 am smpi dekat 1 pm masih x settle2..org sana kat baru nak fax, tp x smpi2..last2 sbb da x sanggup lg nak menunggu (ditambah lg dgn t*t*k yg da bengkak susu), kitorng swept je kad kredit dan terus blah dari situ..kalu nak tggu insuranse setel, mau smpi ptg kitorg stuck kat situ..clerk billing situ kata nnti die refund balik duit kredit kard tu bile semua da setel..lantak ko la..

aduhai..dari benda kecik jadi besar bila prosesnya lg lama..kalu pikir2 balik, better kuar duit rm500 buat terus prosedur kat klinik dr tu dan bole terus balik..ni x..mengada2 nak warded sbb nak claim etc..hah bila da jadi mcm ni..hamik ko!

so, pengajarannya, pd pendapat aku la..kalu nak klaim insurance utk masalah2 heatlh mcmni, berbaloi kalu ia melibatkan kes2 yg berprofil tinggi (kos tinggi). kalu setakat kes2 minor mcm aku ni..lg berbaloi kuar duit sendri dari melalui semua karenah2 yg disebutkan di atas.

tp, org kata, x cuba maka x tau kan..so aku jadikan peristiwa ni sebagai pengajaran utk diri aku dan yg lain..dan lagi satu aku bole test sejauh mana 'kebolehpakaian' egen2 insurance yg aku harapkan selama ini dan mengcomparekan service mereka..

so far..still ada hidden issue berkenaan insurance ni yg dah terevelead yg selama ni pun kita x perasan..itu nnti2 la kita bincangkan ye..

till then, bye....

Tuesday, March 3, 2009

Keloids

Hatiku sungguh berdebar2..kenapa ek?

Sebabnya, ari jumaat ni 'benda alah' ni akan dibuang terus dari tubuhku. Dlm kata lain, aku perlu jalani satu minor operation supaya 'benda alah' ni x mengganggu lg hidupku in future.

Apa 'benda alah' ni? Yg dimaksudkan adalah sejenis ketumbuhan yg dinamakan keloids. Bole refer meaningnya di sini. ia telah lama bertapak di belakang cuping telinga ku sehingga saiznya dah mencapai separuh dari keseluruhan cuping telingaku. Bole kalian imagine cemana suffer aku menahan rasa semasa ia bertenggek di situ..:( Sungguh x best..

So, Jumaat ni aku akan amik cuti dan pergi ke Hospital Puteri, Jb. Kenapa jauh sgt? sebabnya di situlah terletaknya specialist dlm membuang keloids ni dan aku perlu di warded at least 1 hari utk dpt claim insurance. Oh, sungguh passionate..(sebenarnya xde maknanya aku nak guna duit sendri since dah ada insurance coverage ni).

aku adalah sgt nervous memandangkan nilah first time aku akan dibelah dan dijahit. mcm mana rasanya agaknye ek? perasaan nervous adalah sama lebih kurang dengan nervous masa nak present viva taun lepas (but still, alhamdulillah).oh Tuhan, selamatkanlah hambaMu yg kerdil ini..

doakanlah aku selamat jalani prosedur ni..dan doakan semoga keloids ni x tumbuh lagi di tmpt yg sama dan mengganggu hari2 ku lagi..amin..

Monday, March 2, 2009

Bole main ke x ni??

As expected, game netball memang kalah (dgn mata 3-9) terhadap geng canselori..apapun kitorg tetap berpuas hati sbb still dpt masuk semi final dan x kalah tanpa bertanding. (mcm kump. tuttt..)so, mggu ni rest dulu, smbung match netball ni next week..

Apa yg bole main ke x nya??haha, nilah fokus story entry kali ni..adalah melibatkan tournament boling antara staf kat Summit itu ari..main pair ngan sorang lagi collageus, main 3 game. 1st game, 109 mata, 2nd game 80++(x brape ingat), and last game, terus dapat 137 mata!!(what a surprised!) sbb x penah seumur idup cecah mata stinggi itu..tp tulah, x sempat nak snap gambar skrin mata tu, diorang da reset skrin tu..huhu..(sedih x dpt rakam detik bersejarah dlm hidup)..

Persoalannya di sini, kejap bole main, kejap main mcm hampeh..bole main ke x??sebenarnya boling ni memerlukan fokus dan teknik yg betul..kiranya kalu teknik balingan x betul(tangan pengko, bola senget, dsb) dicampur ngan fokus yg kurang (nak kejar anak, perut lapo lum mkn), xdenye game tu nak menjadi..kesimpulannya, main boling ni sekadar suka2, kalu nak expert main kenalah amik kelas training, barulah superb! ye x..

So, overall utk game sabtu aritu, pair kitorang boleh tahan lah (7th place out of x tau..)rasa gian nak main memang ada..sbb da nak abis tournament barulah teknik menjadi sket..so, guys, lepas ni kalu ada free bleh la kita turun boling reramai..bagi gempak sket BP Mall tu ngan geng kite je..hehe..

Thursday, February 26, 2009

Netball fever..

Arini turun lg netball, lawan peringkat kumpulan. Dengarnya group opponent kali ni adalah geng Canselori, yg dikatakan sgt power, boleh menyumbat berbelas2 gol dlm masa hanya 10 minit. apalah sgt ngan geng kitorg yg averge gol sekitar 5-6 je gol dlm masa yg sama..tp rasanya tu smua x penting..yg lebih penting, semangat kesukanan yg tinggi yg mana lebih membanggakan adalah ada antara kami yg memang x pernah main, dan menjadi bidan terjun utk menyelamatkan pasukan dari kalah tanpa bertandang..anyway kitorg masih leh kumpul 4 mata (sekali menang, sekali seri).

so, utk game ptg ni, harapan utk menang tu memanglah tipis..thus, just harapkan 4 mata ni utk mara ke separuh akhir..itupun kalu geng fkaas kalah bila jumpa fkee. kalu fkaas menang, mata diorg seri ngan kitorg dan secara otomatik kitorg tersingkir sbb rasanya jumlah gol diorg lebih. apapun, aiman x kesah..asalkan dpt menyumbang gol utk team terchenta da cukup baeek kan..

anyway geng, doakan yg terbaik utk group fkmp ptg nih, semoga tangan ku dapat menjaringkan lebih byk gol (kesian yg lain2 penat nk smpi bola ke kwsn C)..dan jgn lupa juga doakan team fkaas kalah bila jumpa fkee nnti.. (**gelak jahat**)

Ok, news update akan menyusul kemudian..adios..

Thursday, February 19, 2009

Posting saja nak letak gambar..

Utk entry ni, saja gatal2 nak letak gambar..maklumla baru blajo semalam kan..so, enjoy the pics!






*ni bukan gambar rafiq menyusu ye..cume ni lah gambaran sebenar perbuatannya setiap hari sehingga hari ini..









* bila dah dapat t***k, gembiranya bukan kepalang..












*or kalu x nak bg die t***k, kenalah penangan mcm ni..hehe..








So, amacam? terer kan berlakon si rafiq ni?

Anakku tidur merajuk..

Haha, mcm kelakar je entry tu bunyi nye kan..tp yes..it really happen to my son last night..mmbuatkan umminye ni rasa sedih yg amat sgt..dah la memang berjiwa sensitif..anak plak buat mcm ni..

Critanya bermula masa Rafiq tgh ber'bf' nak tdo..cam biaselah, aku pelok dia..sambil usap2 die..pastu ake cium dahi die..pastu agaknya die x selesa aku buat mcm tu sbb ganggu die nak menyusu..so die tolak muka aku jauh2 jgn cium die lg..tp aku degil..aku cium gak..smpi satu tahap die lepaskan susu, pastu die paling badan dan terus buat2 tdo..

pastu babah die kata nmpk air mata mengalir dari mata rafiq, aku x caya, lepas aku tgk, ya..memang betol..pastu buat lembik badan..x nak bangun walau kitorg pujuk2 die..siap cebikkan bibir..aduhai anakku..jgn la buat ummi sedih mcm ni..besar sgt ke kesalahan ummi..

well guys, itulah realitinya anakku sorang nih, ,memang cukup sensitif.. umur je kecik, tp akalnya..masyaallah..setiap kehendak die walau terlewat sesaat je tunaikan, mesti dah merajuk..tp itulah juga yg jadi penawar jantung ummi selama ni..

agaknya die jadi mcm tu sbb ummi die sgt sensitif masa die dlm perut dulu kot..hehe..

Wednesday, February 18, 2009

Dah abis klas blogging..

ok skang da tau sikit sebanyak pasal blog..so lepas ni boleh la sambung lagi buat blog..thanks mr azmi fot the beneficial guide..send my warmest regards to my lovely sifu, ustazah zalilah..

Intro post

Hi there! ni first time blogging..x pernah sekali pun buat blog..bace org nye blog ada lah..so, kalu ada kekurangan tu, biase lah ye..skang ni tgh ada klas basic blogging kat uthm..so, amik kesempatan blajo buat benda baru nih..

nak tau apa? instructor yg mengajar ni rupa2nya cekgu aku kat SMAPL dulu..Cikgu Azmi, husband Ustazah Zalilah..what a small world! rupa2nya dia dah ada kat sini almost 3 years..baru arini aku terjumpa die..dia still mcm dulu..cuma die x brape kenal aku..sebab budak skema..hahah..

ok, nak sambung blaja blog..bye..